Subscribe to Wordpress Themes Demo
pengalaman dan tips dalam berniaga (part II)

6) Mendekatkan diri dengan ALLAH SWT...
banyak perkara yang boleh kita lakukan utk mendekatkan diri dengan ALLAH SWT, sememangnya perkara wajib tu perlu kita laksanakan sebagai umat Islam.Ingatlah jatuh bangun perniagaan mengingatkan anda kepada sang Pencipta..apa yang penting, jgn kedekut untuk berbelanja utk orang lain, dahulu kan dengan orang2 terdekat..dan perbanyakkan sedekah, kerana sedekah merupakan nafas dalam keberkatan anda berniaga.. kita perlu ingat, rezeki tidak hanya terletak pada wang, tapi kesihatan yang baik, anak2 dan kasih sayang dari orang lain.. ingatlah walaupun hanya RM1 yg anda sedekahkan, @ apa sahaja barang yg masih boleh digunapakai, anda akan diberikan rezeki berkali ganda lagi dari ALLAH SWT, yg penting jika anda terlihat @ mengetahui sesiapa shj yang memerlukan bantuan, segerakan berbuat demikian, jgn ditangguh2kan spt juga sikap anda yg tidak suka bertangguh dalam menyiapkan kerja @ merebut peluang dlm perniagaan..kerana mungkin anda tdk akan berpeluang lg selepas ini.. Amalkan juga solat Sunat Dhuha, bacaan surah Al-Waqiah (tdk terlalu panjang surahnya, boleh dihabiskan dalam skali bacaan), Selawat Tafjiriyyah 7X styp hari (lebih byk lebih baik), Ayat Seribu Dinar & mcm2 zikir lagi... INSYA ALLAH, jgn serik & teruskan amal walau di landa kesusahan dan kesenangan sekalipun...

7) Tawakal, berserah & Berusaha..
Ketiga-tiga perkara ini perlu diseiringkan dlm perniagaan. Teruskan berusaha dan berserah kepada ALLAH SWT, tanamkan niat dalam hati apa tujuan kamu berniaga, adakah semata-mata inginkan kekayaan?

pengalaman dan tips dalam berniaga...

ni ada beberapa cerita dan tips untuk dikongsi bersama bagi anda yg mahu memulakan apa sahaja perniagaan berdasarkan pengalaman aku slama hampir 6 tahun sebagai peniaga...


1) jangan takut untuk memulakan
Sama ada ianya secara kecil-kecilan ataupun besar-besaran mcm nk bukak hypermarket ke, apa yg penting anda mesti ada keberanian & semangat yg tidak terlalu berkobar-kobar kerana biasanya semangat yg terlalu berkobar2 ni cepat juga terhakis..yang penting anda jangan takut unyuk memulakan..teringat sy pd kata2 seorg teman tatkala sy ingin memulakan perniagaan, kata2 nya sedikit sebanyak membuatkan sy terganggu..

"Kau ada pengalaman ke nak berniaga?"
"Kau tak takut ke nk berniaga dalam usia muda ni?"
" Kau tau ke nak manage kedai kau nanti"

Jika anda berjumpa dgn manusia2 sebegini, jgn marah kat dia org, jgn benci kat diaorg, sebaliknya ko pegang jugak sbg semangat utk kau teruskan niat kau yerk!! ada 2 kemungkinan manusia2 spt ni, sama ada dia benar2 concern dgn kau @ dia jeles dan tak mahu kau lebih berjaya dari dia..

2) mempunyai pengetahuan dlm bidang/jenis perniagaan anda
Ilmu itu penting yerk..kalau kau x de langsung pengetahuan ttg jenis perniagaan kau, & ditambah pulak kau malas nk belajar (especially kalau jenis perniagaan tu melibatkan kemahiran @ teknikal) akhirnya perniagaan kau x kan ke mana2..x kan la kau nak harapkan orang lain nak buat itu nak buat ini..mcm aku ni, wpn blajar IT tp sblm aku bukak CC memang aku x tahu langsung nk repair komputer, sampaila kekasihku merangkap hubby ku terpaksa bekerja di Johor & meninggalkan aku terkontang kanting, tertonggeng2 kat sini menguruskan CC ku sendiri, aku mula DIY komputer2 aku sendiri..ibarat mcm aku belajar smula, alhamdulillah..sampai ke tahun keenam perniagaan ku ini, akulah technician utk CC ku ini..& walaupun ilmu repairing & formatting computer masih cetek tp Alhamdulillah ianya dh jd sebahagian dari services yg aku tawarkan.

Sebahagian dari jenis perniagaan memerlukan ilmu yang sentiasa diperbaharui..so, anda mesti peka pada perkembangan jenis perniagaan anda.. tambah2 pulak jika ianya melibatkan teknologi yg sangat pantas (kadang2 aku sendiri pun x mampu nk kejororrrr!!!)

3) Kaji kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman bagi setiap alternatif yang ada.
Benda ni agak penting, ko kena kaji kekuatan dan kelemahan perniagaan kau..jangan lokek untuk memperbaiki kelemahan, walaupun tidak terlalu drastik, tapi jangan terlalu lambat. Kalau anda nampak peluang, cuba lakukan atau sediakan services yg nampak peluangnya. Dalam kata lain, cuba pelbagaikan perkhidmatan yang anda tawarkan. Kalau berniaga kedai runcit, boleh jugak sediakan perkhidmatan penghantaran barang ke rumah kan?atau sediakan perkhidmatan fotostat, jual2 kertas, jual topup dll. Yang penting juga, tengok prospek kawasan perniagaan anda, kalau di kawasan perumahan, lagi lah banyak benda boleh anda sediakan di kedai runcit anda tu..sy nak ambil contoh sebuah kedai runcit di blok sy berniaga ni, walaupun berdekatan dengan Hypermarket, pemiliknya bijak mempelbagaikan barangan & perkhidmatan di dalam kedainya, sebabnya??? beliau nampak peluang untuk bertapak dan berniaga di situ (kawasan student).

Bab ancaman pulak?? hurm kalau ancaman tu boleh kita tengok dari sudut saingan, bagi perniagaan yang tak melibatkan dan tdk perlu deal dengan Pihak Berkuasa Tempatan, anda dah selamat kat situ, cuma fikirkan saingan sahaja. Yang penting anda jangan takut untuk bersaing. Ok, bab ni sy akan share di next tip.

ANCAMAN ::::

Now, aku nk story mory ttg ancaman dari pihak berkuasa tempatan yg aku dh lalui selama bertahun2 ni..agak menyedihkan dan memedihkan di awal2 perniagaan dulu. Di daerah Kota Bharu ni, lesen Cafe Cyber diletakkan under lesen hiburan sebaris dengan pusat snooker dan Karaoke, agaknya sbb disko2 dangdut memang x dibenarkan terus la kan.. nak tak nak aku terpaksa hadapi..Gaming memang x dibenarkan terus(aku buat), CC kna operasi stakat 10 mlm (ada aku kisah?), customer lelaki & perempuan perlu diasingkan (konon x bagi buat maksiat), CC kna buat di tingkat bawah (mulai tahun 2006- maybe senang dia org nk rush), pekerja wanita x boleh seksi (kna ambil muslimah je bekerja), budak2 pakai baju skolah & bwh umur perlu ditemani oleh ibu bapa (ni rule x bagi bdk2 ada sikap berdikari nk kna duduk bawah ketiak mak bapak wpn usia dh 18 thn, & lebih suka kalau budak2 kecik pergi mandi sungai & mati lemas drpd duduk main game di CC)..tapi kan, aku x kisah pun semua tu, sbb 1 benda je aku pk, aku niat berniaga kerana ALLAH SWT, keberkatan rezki bukan dr tangan PBT..sepanjang 6 tahun aku bukak CC, rasanya dh 4 kali aku didatangi PBT, 2 kali komputer ku dirampas, 2 kali aku selamat sbb nyer nk ditakdirkan ALLAH, langsung tiada budak2 time tu, syukur pd ALLAH SWT..

1st time aku kena, aku terus berjumpa dgn pegawai ke pengarah Bhgn Lesen, antara soalan yg aku tanya ::-

  • knapa x bagi budak2 main game wpn di hari mereka x sekolah @ lepas time sekolah sedangkan PBT di negeri2 lain even di daerah2 lain xkisah pun? siap bagi lesen untuk gaming..
  • knapa x bagi budak2 pakai baju sekolah masuk wpn lepas time sekolah, mereka dtg kadang2 nak main internet, nak buat kerja sekolah pn x bleh ke?
Tiada jawapan utk soalan ku tadi cuma dia cakap, memang x bleh, itu undang2 MPKB (opss...dh terkeluar nama PBT bangang tu)..lepas bayar & terpaksa buat rayuan (sememangnya aku x gemar merayu2)

2nd time kena - siap suh pekerja & budak2 keluar berbaris kt luar macam la mereka ni lumba haram, tengah khayal ke, sib baik x cek urine!!!
- aku sampai kat kedai ku aku terus tanya, kenapa sampai berbaris kat luar, kesian kat budak2, kesian kat pekerja aku (yg sedang menangis nasib baik x terkencing dalam seluar), si pegawai bahagian undang2 tu cakap main game mmg x bleh..waktu tu dh angkut sebahagian komputer2 aku naik ke lorinye! aku cakap, habis...kalau budak2 main game kat umah tak pe pulak???rasanya sama je cik..tp x bleh nk buat ape2 lg kan, bila dia org nk berambus, dgn laser nye aku tanya, "Habis korunk semua dpt duit OT lebih la hari ni kan?" kebetulan hari tu hari x bekerja di Kelantan, dgn geramnye pegawai dia jawab,," Kalau x kerja hari ni pun kita org dpt Gaji"..... hehe,,,dh geram la tuh...

Ancaman :::
kalau kedai Makan, pastikan kebersihannya, kalau x nanti ada je Kementerian Kesihatan duk berbaris di depan restoran kau nanti..plus kau nk bagi org makan, jgn sampai sakit perut dia org, kalau tiptop makanan yg kau serve pun, jgn pulak lepas ni, hilang customer bila dia org terlihat cara kau menyediakan masakan tu!!!

4. Menjaga Pelanggan
Jika anda dapat mengekalkan pelanggan, bermakna anda bijak dalam menjaga pelanggan, berbaik2 dengan mereka x salah, tp jangan terlalu baik, sebab adakalanya ada yg suka ambil kesempatan..pandai2 pilih orang jugak yerk, agak2 yg nampak cakap banyak baik jgn layan sangat..buat baik berpada2 okeh!! X salah kalau anda beri diskaun kat regular customer anda, jgn terlalu kerap, walaupun xbanyak, tp dia org akan rasa lebih dihargai..Kalau anda dh dilahirkan sbg Peramah beruntunglah, tp kalau yg x peramah, cubalah bercakap dgn baik(in case kalau dpt customer kurang ajar, ko kena kurang ajar la jugak, baru la dia org takut) sbb pada ku Customer not always right..dan utk pengetahuan korunk, aku lebih rela customer2 yg agak biadap ni x dtg ke kedaiku..kadang2 aku sendiri terpaksa menipu, computer full, internet problem, siap suggest ke CC lain..tp kan, malangnya yg kurang2 ajar ni still dtg ke CC ku, ape ke hal nyeeeeeeeee?????????????

Aku seringkali rasa x sabar menjelang raya, sbb dh 5x raya aku bagi duit raya utk customer2 aku..walaupun xbanyak, tp aku bersyukur sangat2 sbb mereka sudi datang ke kedaiku yg x seberapa canggih manggis ni..apa yg penting..aku perlukan real supporters..sampai skg, aku lihat ada customer aku yg dulunya masih bersekolah skg dh menuntut di universiti bila time cuti akan dtg ke kedaiku, yg dulunya masih mencari kerja skg dh bekerja ttp tp masih sudi ke kedaiku..amin Ya Rabbal Alamin..

5) Elakkan berbelanja lebih...(jangan terlalu NAMPAK mewah)
Jangan sesekali menggunakan modal atau keuntungan yang diperoleh sewenang-wenangnya untuk kegunaan peribadi, kelak binasa badan, jgn bergaya lebih, jgn sibuk nk tukar kereta mewah, pakai je kereta yg anda dh beli sebelum ni (fikirkan bahawa ianya satu keperluan sahaja, jangan berbelanja di luar kemampuan anda!!)..Sbb nyer, jumlah pendapatan bulanan kau bukannya sama tiap2 bulan, adakalanya kau mengalami kerugian yg dasyat, so ko mesti prepare utk kemungkinan spt tu..

walaupun ko berniaga sendiri, tetapkan gaji kau, malah gaji pekerja yg mesti kau dahului, biar cukupkan dulu duit sewa (kalau kau menyewa), semua bil2, duit2 pinjaman, kemudian barulah yg balance tu gaji dan keuntungan kau, kadang2 kau x dapat pun gaji!!Malah, adakalanya anda mungkin tidak membuat sebarang keuntungan pada bulan pertama dan kedua di awal perniagaan anda.(tp pengalamanku selama 5 bulan aku tdk untung di tahun pertama). Sekiranya menggunakan aset cair atau aset tetap syarikat anda, segera membuat pembayaran semula. Setengah org bila pinjaman perniagaan dh diluluskan, sibuk nk bayar down payment kereta, tukar hphone baru, mcm2 lah..tp akhirnya perniagaan x ke mana..jgn macam tu dik..

Selain itu, kita akan mendengar suara2 kambing org yg aku anggap kurang MATURED, mentaliti dia org, kalau berniaga mesti banyak duit,habis duit tu aku nak tabur kat kau ke? ko mak aku? ko adik beradik aku ke? kau anak aku ke?..nah ambik sebijik...perlu aku nak jelaskan kat sini, berniaga x sesenang yang korunk sangkakan, jgn ingat kita berniaga duduk di kaunter ambil duit, trima bayaran customer, kemudian bagi baki.petang2 main golf..kalau rosak apa2 pekerja buat, eh HELLO,tokei kedai perlu jadi pekerja skali tau, perlu buat semua kerja kalau nak maju, jangan nk berlagak jerk, bukannya kau dh jadi taiko bisnes pun!!perjalanan kau masih jauh..

To be Continued....

kelajuan Internet Seluruh Dunia..kat mana MALAYSIA???

Perhatikan di mana kedudukan negara kita..

SUMBER ::: boleh link ke sini utk lihat selanjutnya
http://www.netindex.com/download/allcountries/

90. Oman
3.39 Mbps





91

Serbia3.37 Mbps


92

Argentina3.36 Mbps


93

Dominica3.30 Mbps


94


Grenada3.11 Mbps


95

Malaysia2.93 Mbps


96


Guadeloupe2.86 Mbps


97

South Africa2.74 Mbps


98

Qatar2.72 Mbps


99

Kuwait2.67 Mbps


100

Zimbabwe2.67 Mbps



Di mana Cinta... Bee Voice

aku tetiba teringatkan satu lg Indon..tajuknya Di mana Cinta..aku rasa lagu ni agak sesuai utk sesiapa yg rasa dh kehilangan cinta..atau masih mencari cinta..atau mahukan cintanya dibalas...kata orang cinta itu, dari mata turun ke hati kan? tapi masih belum kita jumpa..jadi di mana cinta? jawapannya :

CINTA ITU ADA SELAMANYA DI HATI KITA SEMUA...


Dimana dimanakah cintaku cari,
Cinta tak mungkin aku beli,
Tak mungkin juga aku curi...

Uooh..uooh,dimana cinta yang selalu membuat hati,
Penasaran ingin memiliki,
Untuk mintaku tak berani...

Kata orang cinta itu,
Dari mata turun ke hati,
Namun tak ku temukan jua cinta itu...

Lama-lama bisa gila,
Ku lelah dan putus asa,
Bantulah ku cari dimana cinta...

Ternyata cinta ada didalam hati kita,
Tak perlu jauh mencarinya,
Cinta itu ada selamanya,
Di hati kitaaa....

Dimana cinta...
Dimana cinta...


Your Highness... lawak giler

Korang dh tengok ke filem terbaru yg bertajuk YOUR HIGHNESS ni? kalau dilihat pada pelakonnya, hanya 2 pelakon sahaja yg dapat aku kenal pasti , James Franco (Harry of Spiderman) dan Natalie Portman (Queen Amidala of Star Wars).

Melihat pada cover dan poster filem ini ianya jelas membayangkan crita2 berunsurkan peperangan & dan berlatar belakangkan zaman dulu2 kala. Oleh sebab itulah aku x sabar utk menonton dvd yg dibeli oleh adikku ini.pada fikiranku ianya mesti ala2 citer Prince of Persia dan Centurion tp kan...citer ni memang lawak giler bg sesiapa yg bleh trima lawak2 lucah dan berunsur 18SX..kalau x leh trima baik jangan tgk!!! apa pun aku x tau nak cakap apa lg cuma two thumbs up lah!!!!ngeeeeeeeee


Sebenarnya jiwa kita tidak pernah merdeka!!!

kelmarin kita menyambut hari Malaysia 16 sept dipilih sebagai tarikh yg nyata tdk dapat diketahui sejauhmanakah relevannya penetapan tarikh 16 sept styp tahun ini sbg Hari Malaysia..Terlalu banyak kepincangan yang terang-terangan dilaksanakan yg bagi ku tidak kena mengenanya...

Dan tahun ini, kita menyambut dwi prayaan besar ..satu perayaan utk umat Islam sedunia dan satunya sambutan kemerdekaan negara..dan baru2 ini juga lah di pihak pentdbir trpaksa menangkal dakwaan seorg insan kontroversi yg nyata bijak mengeluarkan Isu Panas yg bagiku ada pro dan kontranya..lantaran itu, kelihatan di pihak kerajaan dilihat lebih bersungguh untuk menangkal dakwaan si Mat Sabu berkaitan Mat Indera dan komunis di Bukit Kepong..rasanya nampak terlalu gabra di pihak kerajaan apabila berhadapan dgn dakyah yg dikeluarkan oleh si Mat Sabu ini...lantas wujud terlalu byk teori2 dikeluarkan sehingga ada yg brani berkata kita tidak pernah dijajah..knapa perlu sambutan kemerdekaan!!!

adakalanya aku brasa agak beruntung krana telah mengetahui brkaitan Bukit Kepong seawal usia sekolah rendah..sejak dari itu aku mulai meminati kisah ini..berkemungkinan juga krana aku agak meminati filem kisah2 perjuangan dan peperangan...bila timbulnya isu Mat Indera ini, aku mula terfikir adakah benar apa yg aku ketahui hanya dgn menonton filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Shamsudin ini?apakah sebenarnya yg berlaku?? adakah benar Mat Indera bukan pengganas komunis spt yang didakwa oleh Mat Sabu?? adakah benar byk kisah sejarah dipesongkan? jika benar maka ianya tdk layak dipanggil fakta...tp mitos sama spt kisah Hang Tuah..hikayat itu dan hikayat ini...

Timbul rasa hairan knapa isu ini dibangkitkan??apakah relevannya??apakah pro dan kontra dari dakwaan ini..walau apapun yg sebenarnya berlaku, kita tdk mampu utk berbuat apa2..kita tdk mampu utk menghidupkan kembali Mat Indera atau Sjn Jamil Mat Shah & mereka2 yg telah terkorban..berkemungkinan juga British mengubah & memesongkan sejarah krana mahu menunjukkan kekuasaan mereka? ya itu lah penjajah yg ego dgn apa yg berjaya ditaklukinya..mereka merasakan ianya adalah hk mereka..kita di waktu itu nak @ tidak perlu mengikut telunjuk mereka..sejauhmanakah kita mampu pergi selagi mereka masih memerintah negara kita?kita tdk mampu utk berbuat apa2 kecuali kita mahukan kemerdekaan...kemerdekaan yg kita berjaya kecapi hingga sekarang..kemerdekaan yg dikekalkan dgn cara kita sendiri , sama ada ianya betul @ tidak, ternyata terlalu byk yg tdk betulnya dgn cara kita mengekalkan kemerdekaan...tp knapa harus kita menyalahkan mereka yg sudah bertahun2 mengalami kepayahan hidup utk menuntut kemerdekaan..bayangkan jika kita berada di tahun sblm merdeka?? kenyangkah kita hanya dgn memakan ubi kayu?? selamatkah kita utk berjalan2 sesuka hati di mana2 sahaja? adakah kita pasti kita akan turut berjuang mengangkat senjata utk menentang penjajah @ kita hanya mampu berbincang berjam2, mendengar ceramah itu dan ceramah ini tp tdk berbuat apa2?

.........................SEBENARNYA JIWA KITA TDK PERNAH MERDEKA.............
kita tanpa segan silu memperlekehkan perjuangan secara diplomasi dan perjuangan mengangkat senjata diangkat sbg pejuang sebenar...Ya, ianya benar, hanya mereka yang berani shj akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir..itulah yg perlu kita warisi sebenarnya tp mampukah kita, relakah kita menumpahkan darah dlm keadaan kita terdidik dan melalui cara hidup yg aman damai slama bertahun2 ini? beranikah kita? wahai anak muda, tidakkah kamu terfikir, jika habis daya, kematian di sana sini dlm memperjuangkan tanah air, apakah wujud cara yang paling baik selain Diplomasi spt yg telah dilakukan oleh golongan penuntut kemerdekaan kita..ternyata mereka juga pejuang malah perjuangan mereka tdk hanya utk kepentingan diri mereka sendiri malah seluruh tanah air mengecapinya hinggalah diri kamu sekarang..mahukah kita menjadi spt2 negara2 lain yg masih berjuang, masih menumpahkan darah, masih wujud pemberontakan bersenjata walau telah merdeka?

aku tdk bercakap mengenai parti..malah aku adalah seorg insan yg sangat bencikan politik kotor yg wujud di negara kita..aku mengakui aku tdk pernah mengundi..& aku tdk mahu mengundi krana bagiku politik adalah sesuatu yg kotor..tp aku bersyukur krana berada di bumi Tanah Melayu..hidup dan matiku di sini sahaja..tp aku kesal dgn sikap segelintir yg terlalu taksub dgn parti & fahaman masing2 walaupun sebenarnya golongan ini lah yg berseteru dgn fahaman lawannya..itulah realiti anak merdeka sekarang..
Sebenarnya tdk salah jika kamu ingin menyuarakan ketidakpuasan hati krana itu hak kamu, dan adakalanya sy menyokong krana jika tdk semakin galaklah si pemerintah..

kita dgn lantangnya bercakap di kedai2 kopi @ tatkala "MAKE TEH" bsama kawan2 melaungkan perjuangan dan menyampaikan crita sebenar (bagi mereka) yang sebenarnya juga mitos (bg aku), namun malangnya kita tdk sedar yg kita telah menandangani surat "AKU JANJI" dan "SAYA YG MENURUT PERINTAH"..tdk malukah kamu wahai anak muda? knapa tdk kamu mencari rezeki tnpa bergantung pd mana2 fahaman yg kamu pegang? mampukah kamu?

Di satu sudut pula, wujud segolongan yg boleh kita gelarkan sebagai pengampu!Dan sudah byk yg aku dengar apabila bergaul dgn golongan2 pengampu dan mempunyai agenda utk kepentingan diri sendiri..tringat sy pd kata2 yg dituturkan mereka :-
"Apa guna masuk parti kalau x dpt guna?"
"Apa guna masuk parti XXXX kalau x dpt kerja?"
"Apa guna aktif dlm parti XXXX kalau x dpt tender tu?"
Ada juga si bapa yg berani melaung2kan fahaman & parti yg dipegangnya walhal anaknya berjaya mejawat jawatan tinggi dlm kerajaan.Alasannya mudah, "kita buat kerja, bukan makan gaji buta,jd x de yg salah dgn duit gaji kita tu"

Yep..memang benar kamu bekerja anak muda..jika begitu knapa asyik merungut..kononnya gaji x cukup..terikat dgn bebanan kerja yg banyak..hakikatnya itulah sekeping jiwa yg tdk pernah merdeka..ya,memang benar, duit x pernah cukup, aku turut merasakan yg sama,tp setakat ini aku belum puas dgn kerjayaku.belum penat dgn apa yg aku usahakan selagi ALLAH SWT mengizinkan aku..Jika kamu melaungkan ketidakadilan pemerintah dr segi Kebajikan,,knapa tdk kamu sahaja yg berbuat kebajikan dgn duit gaji yg kamu dpt itu? Dan jika isu agama yg kamu mahu tegakkan dalam parti knapa pula kamu sendiri menggalakkan dosa?
-------------
ingin kupetik satu karya yg aku rasa terlalu menusuk ke dalam hatiku..aku mendengarnya tatkala aku rasa lemah..aku mendengarnya tatkala aku hilang arah..

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
------------------------------------------------
Aku ..
Bukanlah seorang perwira..
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang ..
Walau dengan cara sendiri..
Demi cinta ini


sudah terlalu lama aku tidak Update!!

rasanya sudah hampir setahun aku tidak berkesempatan untuk mengupdate laman ini..asalnya ingin ku tanamkan azam untuk terus menulis setiap bulan dan sepanjang tahun..namun kekangan kesibukan aku sbg ibu, isteri dan peniaga membuatkan ianya terhenti dan nyata aku langsung gagal untuk mencoretkan sesuatu yang dapat dimanfaatkan untuk semua spt yang ku azamkan sebelum ini..kali ini...INSYA ALLAH..akan ku cuba coretkan sesuatu yang boleh dibaca dan ditatap oleh semua..INSYA ALLAH, kita akan berkongsi rasa, berkongsi buah fikiran dan luahan hati masing-masing...