ni ada beberapa cerita dan tips untuk dikongsi bersama bagi anda yg mahu memulakan apa sahaja perniagaan berdasarkan pengalaman aku slama hampir 6 tahun sebagai peniaga...
1) jangan takut untuk memulakan
Sama ada ianya secara kecil-kecilan ataupun besar-besaran mcm nk bukak hypermarket ke, apa yg penting anda mesti ada keberanian & semangat yg tidak terlalu berkobar-kobar kerana biasanya semangat yg terlalu berkobar2 ni cepat juga terhakis..yang penting anda jangan takut unyuk memulakan..teringat sy pd kata2 seorg teman tatkala sy ingin memulakan perniagaan, kata2 nya sedikit sebanyak membuatkan sy terganggu..
"Kau ada pengalaman ke nak berniaga?"
"Kau tak takut ke nk berniaga dalam usia muda ni?"
" Kau tau ke nak manage kedai kau nanti"
Jika anda berjumpa dgn manusia2 sebegini, jgn marah kat dia org, jgn benci kat diaorg, sebaliknya ko pegang jugak sbg semangat utk kau teruskan niat kau yerk!! ada 2 kemungkinan manusia2 spt ni, sama ada dia benar2 concern dgn kau @ dia jeles dan tak mahu kau lebih berjaya dari dia..
2) mempunyai pengetahuan dlm bidang/jenis perniagaan anda
Ilmu itu penting yerk..kalau kau x de langsung pengetahuan ttg jenis perniagaan kau, & ditambah pulak kau malas nk belajar (especially kalau jenis perniagaan tu melibatkan kemahiran @ teknikal) akhirnya perniagaan kau x kan ke mana2..x kan la kau nak harapkan orang lain nak buat itu nak buat ini..mcm aku ni, wpn blajar IT tp sblm aku bukak CC memang aku x tahu langsung nk repair komputer, sampaila kekasihku merangkap hubby ku terpaksa bekerja di Johor & meninggalkan aku terkontang kanting, tertonggeng2 kat sini menguruskan CC ku sendiri, aku mula DIY komputer2 aku sendiri..ibarat mcm aku belajar smula, alhamdulillah..sampai ke tahun keenam perniagaan ku ini, akulah technician utk CC ku ini..& walaupun ilmu repairing & formatting computer masih cetek tp Alhamdulillah ianya dh jd sebahagian dari services yg aku tawarkan.
Sebahagian dari jenis perniagaan memerlukan ilmu yang sentiasa diperbaharui..so, anda mesti peka pada perkembangan jenis perniagaan anda.. tambah2 pulak jika ianya melibatkan teknologi yg sangat pantas (kadang2 aku sendiri pun x mampu nk kejororrrr!!!)
3) Kaji kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman bagi setiap alternatif yang ada.
Benda ni agak penting, ko kena kaji kekuatan dan kelemahan perniagaan kau..jangan lokek untuk memperbaiki kelemahan, walaupun tidak terlalu drastik, tapi jangan terlalu lambat. Kalau anda nampak peluang, cuba lakukan atau sediakan services yg nampak peluangnya. Dalam kata lain, cuba pelbagaikan perkhidmatan yang anda tawarkan. Kalau berniaga kedai runcit, boleh jugak sediakan perkhidmatan penghantaran barang ke rumah kan?atau sediakan perkhidmatan fotostat, jual2 kertas, jual topup dll. Yang penting juga, tengok prospek kawasan perniagaan anda, kalau di kawasan perumahan, lagi lah banyak benda boleh anda sediakan di kedai runcit anda tu..sy nak ambil contoh sebuah kedai runcit di blok sy berniaga ni, walaupun berdekatan dengan Hypermarket, pemiliknya bijak mempelbagaikan barangan & perkhidmatan di dalam kedainya, sebabnya??? beliau nampak peluang untuk bertapak dan berniaga di situ (kawasan student).
Bab ancaman pulak?? hurm kalau ancaman tu boleh kita tengok dari sudut saingan, bagi perniagaan yang tak melibatkan dan tdk perlu deal dengan Pihak Berkuasa Tempatan, anda dah selamat kat situ, cuma fikirkan saingan sahaja. Yang penting anda jangan takut untuk bersaing. Ok, bab ni sy akan share di next tip.
ANCAMAN ::::
Now, aku nk story mory ttg ancaman dari pihak berkuasa tempatan yg aku dh lalui selama bertahun2 ni..agak menyedihkan dan memedihkan di awal2 perniagaan dulu. Di daerah Kota Bharu ni, lesen Cafe Cyber diletakkan under lesen hiburan sebaris dengan pusat snooker dan Karaoke, agaknya sbb disko2 dangdut memang x dibenarkan terus la kan.. nak tak nak aku terpaksa hadapi..Gaming memang x dibenarkan terus(aku buat), CC kna operasi stakat 10 mlm (ada aku kisah?), customer lelaki & perempuan perlu diasingkan (konon x bagi buat maksiat), CC kna buat di tingkat bawah (mulai tahun 2006- maybe senang dia org nk rush), pekerja wanita x boleh seksi (kna ambil muslimah je bekerja), budak2 pakai baju skolah & bwh umur perlu ditemani oleh ibu bapa (ni rule x bagi bdk2 ada sikap berdikari nk kna duduk bawah ketiak mak bapak wpn usia dh 18 thn, & lebih suka kalau budak2 kecik pergi mandi sungai & mati lemas drpd duduk main game di CC)..tapi kan, aku x kisah pun semua tu, sbb 1 benda je aku pk, aku niat berniaga kerana ALLAH SWT, keberkatan rezki bukan dr tangan PBT..sepanjang 6 tahun aku bukak CC, rasanya dh 4 kali aku didatangi PBT, 2 kali komputer ku dirampas, 2 kali aku selamat sbb nyer nk ditakdirkan ALLAH, langsung tiada budak2 time tu, syukur pd ALLAH SWT..
1st time aku kena, aku terus berjumpa dgn pegawai ke pengarah Bhgn Lesen, antara soalan yg aku tanya ::-
- knapa x bagi budak2 main game wpn di hari mereka x sekolah @ lepas time sekolah sedangkan PBT di negeri2 lain even di daerah2 lain xkisah pun? siap bagi lesen untuk gaming..
- knapa x bagi budak2 pakai baju sekolah masuk wpn lepas time sekolah, mereka dtg kadang2 nak main internet, nak buat kerja sekolah pn x bleh ke?
Tiada jawapan utk soalan ku tadi cuma dia cakap, memang x bleh, itu undang2 MPKB (opss...dh terkeluar nama PBT bangang tu)..lepas bayar & terpaksa buat rayuan (sememangnya aku x gemar merayu2)
2nd time kena - siap suh pekerja & budak2 keluar berbaris kt luar macam la mereka ni lumba haram, tengah khayal ke, sib baik x cek urine!!!
- aku sampai kat kedai ku aku terus tanya, kenapa sampai berbaris kat luar, kesian kat budak2, kesian kat pekerja aku (yg sedang menangis nasib baik x terkencing dalam seluar), si pegawai bahagian undang2 tu cakap main game mmg x bleh..waktu tu dh angkut sebahagian komputer2 aku naik ke lorinye! aku cakap, habis...kalau budak2 main game kat umah tak pe pulak???rasanya sama je cik..tp x bleh nk buat ape2 lg kan, bila dia org nk berambus, dgn laser nye aku tanya, "Habis korunk semua dpt duit OT lebih la hari ni kan?" kebetulan hari tu hari x bekerja di Kelantan, dgn geramnye pegawai dia jawab,," Kalau x kerja hari ni pun kita org dpt Gaji"..... hehe,,,dh geram la tuh...
Ancaman ::: kalau kedai Makan, pastikan kebersihannya, kalau x nanti ada je Kementerian Kesihatan duk berbaris di depan restoran kau nanti..plus kau nk bagi org makan, jgn sampai sakit perut dia org, kalau tiptop makanan yg kau serve pun, jgn pulak lepas ni, hilang customer bila dia org terlihat cara kau menyediakan masakan tu!!!
4. Menjaga Pelanggan
Jika anda dapat mengekalkan pelanggan, bermakna anda bijak dalam menjaga pelanggan, berbaik2 dengan mereka x salah, tp jangan terlalu baik, sebab adakalanya ada yg suka ambil kesempatan..pandai2 pilih orang jugak yerk, agak2 yg nampak cakap banyak baik jgn layan sangat..buat baik berpada2 okeh!! X salah kalau anda beri diskaun kat regular customer anda, jgn terlalu kerap, walaupun xbanyak, tp dia org akan rasa lebih dihargai..Kalau anda dh dilahirkan sbg Peramah beruntunglah, tp kalau yg x peramah, cubalah bercakap dgn baik(in case kalau dpt customer kurang ajar, ko kena kurang ajar la jugak, baru la dia org takut) sbb pada ku Customer not always right..dan utk pengetahuan korunk, aku lebih rela customer2 yg agak biadap ni x dtg ke kedaiku..kadang2 aku sendiri terpaksa menipu, computer full, internet problem, siap suggest ke CC lain..tp kan, malangnya yg kurang2 ajar ni still dtg ke CC ku, ape ke hal nyeeeeeeeee?????????????
Aku seringkali rasa x sabar menjelang raya, sbb dh 5x raya aku bagi duit raya utk customer2 aku..walaupun xbanyak, tp aku bersyukur sangat2 sbb mereka sudi datang ke kedaiku yg x seberapa canggih manggis ni..apa yg penting..aku perlukan real supporters..sampai skg, aku lihat ada customer aku yg dulunya masih bersekolah skg dh menuntut di universiti bila time cuti akan dtg ke kedaiku, yg dulunya masih mencari kerja skg dh bekerja ttp tp masih sudi ke kedaiku..amin Ya Rabbal Alamin..
5) Elakkan berbelanja lebih...(jangan terlalu NAMPAK mewah)
Jangan sesekali menggunakan modal atau keuntungan yang diperoleh sewenang-wenangnya untuk kegunaan peribadi, kelak binasa badan, jgn bergaya lebih, jgn sibuk nk tukar kereta mewah, pakai je kereta yg anda dh beli sebelum ni (fikirkan bahawa ianya satu keperluan sahaja, jangan berbelanja di luar kemampuan anda!!)..Sbb nyer, jumlah pendapatan bulanan kau bukannya sama tiap2 bulan, adakalanya kau mengalami kerugian yg dasyat, so ko mesti prepare utk kemungkinan spt tu..
walaupun ko berniaga sendiri, tetapkan gaji kau, malah gaji pekerja yg mesti kau dahului, biar cukupkan dulu duit sewa (kalau kau menyewa), semua bil2, duit2 pinjaman, kemudian barulah yg balance tu gaji dan keuntungan kau, kadang2 kau x dapat pun gaji!!Malah, adakalanya anda mungkin tidak membuat sebarang keuntungan pada bulan pertama dan kedua di awal perniagaan anda.(tp pengalamanku selama 5 bulan aku tdk untung di tahun pertama). Sekiranya menggunakan aset cair atau aset tetap syarikat anda, segera membuat pembayaran semula. Setengah org bila pinjaman perniagaan dh diluluskan, sibuk nk bayar down payment kereta, tukar hphone baru, mcm2 lah..tp akhirnya perniagaan x ke mana..jgn macam tu dik..
Selain itu, kita akan mendengar suara2 kambing org yg aku anggap kurang MATURED, mentaliti dia org, kalau berniaga mesti banyak duit,habis duit tu aku nak tabur kat kau ke? ko mak aku? ko adik beradik aku ke? kau anak aku ke?..nah ambik sebijik...perlu aku nak jelaskan kat sini, berniaga x sesenang yang korunk sangkakan, jgn ingat kita berniaga duduk di kaunter ambil duit, trima bayaran customer, kemudian bagi baki.petang2 main golf..kalau rosak apa2 pekerja buat, eh HELLO,tokei kedai perlu jadi pekerja skali tau, perlu buat semua kerja kalau nak maju, jangan nk berlagak jerk, bukannya kau dh jadi taiko bisnes pun!!perjalanan kau masih jauh..
To be Continued....